Wednesday, June 8, 2011

Tahukah anda berapa 'ringgit' Kerajaan dapat dari Petronas setiap tahun?

Salam to all

Laporan kewangan Petronas yg baru sahaja dipublish mendedahkan bahawa Profit/keuntungan depa MENINGKAT dari RM45.5 billion kepada RM63 Billion (ya, billion cheq....bukannya milion) - sumber: TheStar.com.my. Daripada laporan ini juga menyatakan bahawa Petronas dikehendaki memberikan kerajaan RM30 billion setiap tahun (Oh ye ke !!). RM30 billlion bukannya sedikit, bersamaan dgn RM30,000 JUTA.

Alhamdulillah, duit ini sangat penting utk kerajaan kita gunakan bagi tujuan pembangunan negara dan juga kebajikan rakyat marhaen seperti kita ini. Ini juga merupakan salah satu punca pendapatan utama negara. Persoalannya di sini adalah bagaimana kita nak tahu sejauhmana dan ke manakah perginya duit RM30 billion? bagaimanakah kerajaan membelanjakan setiap SEN duit RM30 billion ini? adakah semua RM30 billion (setiap sen) ini betul2 disalurkan untuk pembangunan negara dan rakyat? bagaimana kita nak check semua ini?

Menurut laporan kewangan Petronas juga, ada disebut bahawa SETIAP TAHUN (annually) mereka salurkan RM30 billion kepada kerajaan (dipanggil Government dividen). Kalau tahun lepas kerajaan kata depa terpaksa menanggung RM8 Billion Subsidi Minyak, maknanya secara simple mathematics, kerajaan masih memperolehi (RM30 - 8 bilion) RM22 billion dividen dari Petronas. Disebabkan KENAIKAN HARGA MINYAK dunia juga, keuntungan Petronas telah meningkat sebanyak RM18 billion !!. Maklumle, kita kan negara pengeluar minyak....so kalau harga minyak dunia naik, maka lagi banyakle keuntungan Petronas, dan makin banyakla dividen kpd kerajaan (dan makin suffer le kita kan). Tetapi disebabkan SUBSIDI, kerajaan kata kalau harga minyak tak dinaikkan, maka kerajaan akan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM18 billion !!....wow, banyak tu (source: http://paultan.org/topics/special/malaysian-fuel-prices/).

Menurut Petronas juga, selepas ini dividen kpd kerajaan akan ditetapkan pada kadar 30% daripada setiap keuntungan Petronas. Kalau ikut pada kadar dividen semasa (yang sehingga kini kerajaan kita terima), maka RM30 billion itu bersamaan dgn 47.6%. Dengan erti kata lain, kalau guna kadar 30% yg akan dilaksanakan, maka kerajaan akan hanya dapat RM18.9 billion sahaja. Banyak tu TURUN!!.....itu belum tolak SUBSIDI lagi !!

Aku tak mau bersangka buruk dan tidak mahu menuduh sesiapa....TAPI, kalau ada pihak2 berkepentingan yang turut sama mengaut keuntungan petronas atas nama kerajaan (tapi masuk poket sendiri via syarikat proksi depa), maka penurunan dari RM30 bilion kpd 18.9 billion adalah sgt byk!!...takkan nak tolak SUBSIDI lagi??...habislah side income aku lagu ni!

Satu lagi persoalan yg aku nak timbulkan di sini adalah, kalau harga minyak dunia terus MENINGKAT selepas ini, dan subsidi pulak dikurangkan sehinggalah takde langsung, maka impaknya akan terbahagi kepada TIGA:

1. Dividen kerajaan akan NAIK (semoga faedahnya sampai kpd rakyat)
2. Harga petrol/diesel pengguna NAIK, harga BARANGAN NAIK, KOS Sara Hidup Naik, INFLASI naik
3. GAJI kita NAIK..ehem.....aku NAIK Hairan !! :-)

adios!

No comments:

Post a Comment