Sunday, January 23, 2011

Siapa kata orang malaysia ni lemah lembut dan bersopan santun? "People Characters & Driving behaviours"

Dulu kita sering dijamukan dengan pendapat bahawa orang kita ni, yakni orang Malaysia ni merupakan orang yang lemah lembut dan bersopan santun, pendek kata penuh dengan budi bahasa. Adakah ini masih lagi fakta atau hanya tinggal mitos semata-mata?

Cuba perhatikan orang kita kalau mereka sedang memandu kereta atau motorsikal? di mana budi bahasa mereka? kalau terlihat someone cuba keluar dari simpang ke jalan besar (main road), adakah kita 'bagi chance' ataupun pada  kadar segera kita memecut untuk menutup laluannya? hehehe...tepuk dada tanya selera. Kalau kita sedang beratur di suatu junction, ada tak mana2 pemandu yang dengan selambanya 'potong line'? atau adakah anda pernah 'dibuntuti' dengan begitu rapat oleh 'michael schumacher' malaysia dari belakang? tepuk dada tanya selera. Kadang-kadang tu, tengah kita berhenti di simpang yang ada traffic light, and ampu bertukar ke hijau...anda lambat jalan je dalam 5 saat, pernah tak kena hon dari belakang?...tepuk dada tanya selera.

Bukan setakat itu sahaja, berapa ramai daripada kita yang benar2 mematuhi lampu isyarat? hijau bermaksud jalan, kuning bermaksud tekan minyak boleh jalan lagi, dan merah maksudnya ada lagi 5-6 saat boleh lagi jalan....:-)....bab pecut memecut ni pulak, masalahnya ada juga rakan2 kita ni yang bawa kereta macam kura2....terlalu slow-mo, pun menyusahkan orang lain juga. Dia relaks, habis tu kalau ada orang lain yang sedang bergelut dengan masa macam mana? selfish i guess....itu belum kira lagi 'kehebatan' pemandu2 bas dan teksi yang boleh kata sebahagian daripada mereka ini dikira layak masuk Formula One...

Itu belum kira lagi rakan2 kita yang mempunyai skill tahap dewa iaitu memandu atau menunggang motorsikal sambil berSMS!!!.....terer tu...tangan kanan pegang handle motorsikal, tangan kira tekan SMS...anak kat belakang tak pakai helmet...perrghhhh tulang besi urat dawai punya orang ni!! salute...memang salute....

Pendek kata, kalau nak tahu karakter sebenar orang Malaysia, bagi kat dia stereng kereta atau motorsikal, tengok macam mana perangai sebenar dia...hehehe....dah tak larat dah nak tepuk dada tanya selera....asyik kena tepuk je sakit dah....hbl#

No comments:

Post a Comment